Tokoh anti Semitik Antisemitisme

Mana-mana tokoh yang anti-kezaliman Israel ke atas Palestin akan dicop/dilabel sebagai anti-Semetik. Antaranya :

  1. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad - kerana menyelar peranan George Soros dalam krisis kewangan Asia 1997-1998. Dalam Sidang Kemuncak OIC 2003 ke-10 di PICC, Putrajaya Mahathir menafikan beliau anti Semitik. Yahudi memerintah dunia dengan menggunakan proksi. Mereka menggunakan orang lain untuk berperang dan mengorbankan nyawa bagi pihak mereka. Kaum Yahudi hendaklah berhenti daripada membunuh orang Arab, manakala orang Arab berhenti dari membunuh orang Yahudi. Ekoran kenyataannya itu, Malaysia menerima reaksi negatif daripada Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan Australia. Malah Britain memanggil Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London. Akhirnya Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada Oktober 2003. [4] Diplomat Israel Dr. Moshe Yegar menulis "A Visit in Malaysia (1960)" dan Malaysia Anti-Semitism Without Jews (2006) yang secara jelas mengkritik dan melabel mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai anti-semitik.
  2. Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad - kerana mengecam Yahudi dan Israel dalam persidangan ke-60 PBB pada 22 april 2009 . Ekoran itu 40 perwakilan termasuk delegasi AS, Israel, Perancis dan Kanada keluar dari dewan.[5] Insiden sama yang pernah berlaku pada persidangan serupa lapan tahun lalu di Afrika Selatan (2001).Hari Peringatan Holocaust Israel disambut pada --[6] .Ahmadinejad mendesak Israel 'dihapuskan dari peta dunia' dan menyifatkan negara kejam itu sebagai satu 'dongeng'.Ideologi dan rejim Zionis merupakan pembawa kepada fahaman perkauman'[7].
  3. Datuk Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia - kerana menyelar peranan agensi APCO membantu mempromosikan nama dan jenama 1Malaysia.
  4. Faruq Hosni Menteri Kebudayaan Mesir - kerana mahu membakar buku-buku Israel. Akibatnya beliau kalah kepada Irina Bokova bagi merebut jawatan pengerusi Unesco.[8]

Rujukan

WikiPedia: Antisemitisme http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=042... http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/OI... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://middleeastinfo.org/library/lewis_antisemiti... http://www.ushmm.org/museum/exhibit/focus/antisemi... http://hnn.us/blogs/entries/21832.html https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Antise...